Chitika

Sabtu, 30 Oktober 2010

Dialog Antara Amirul Mukminin Imam Ali a.s Dengan Matahari

Sulaim mendengar dari pada Abu Zar yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad saaw pada suatu malam telah memberitahu Ali: Wahai Ali, esok pergilah kamu ke bukit Baqi dan berdirilah kamu di atas tempat yang tinggi ketika matahari terbit berilah salam kepadanya. Allah taala ingin memberikan penjelasan tentang kedudukan kamu dengan sifatmu.
Keseokan harinya, Amirul Mukminin a.s keluar dari rumahnya dengan diekori oleh Abu Bakar, Umar dan sebahagian daripada Muhajirin dan Ansar mengirinya hingga ke Baqi. Amirul Mukminin a.s pun berdirilah di tempat yang tinggi dan ketika matahari terbit memberikan salam: Salam ke atasmu wahai makhluk Allah yang diciptakan, yang taat kepadaNya. Tiba-tiba kedengaran suara seperti guruh daripada langit: Sejahtera ke atasmu wahai awwalu wa akhiru, wa Zahiru wa bathinu, dan wahai yang mengetahui setiap sesuatu.

Ketika Abu Bakar, Umar, Muhajirin dan Ansar mendengar kata-kata tersebut, hilanglah ingatan mereka (pengsan). Apabila mereka sedar dari pengsan, mereka mendapati bahawa Amirul Mukminin a.s telah tiada di situ. Ketidakpuasan mereka itu diadukan kepada Rasulullah saaw dengan berkata: Kamu memberitahu kami bahawa Ali adalah manusia (basyar), sedangkan matahari berkata-kata dengan Ali umpama Tuhan yang berkata-kata dengannya. Rasulullah saaw pun menjawab: Apa yang dikatakan oleh matahari? Kami mendengar matahari berkata: Sejahtera ke atasmu wahai yang awal. Rasulullah menjawab: betul apa yang dikatakan. Ali adalah orang yang pertama beriman kepada saya. Rasulullah bertanya lagi: Apa lagi yang kamu dengar? Mereka menjawab: Wahai yang akhir. Rasulullah berkata: Betul apa yang dikatakan itu. Ali adalah orang yang terakhir melawat aku, memandikan aku, mengafankanku dan menguburkanku. Apa yang dikatakan lagi? Mereka menjawab: Wahai yang Zahir. Rasulullah menjawab: Betul apa yang dikatakan itu. Semua ilmuku dizahirkan kerana Ali. Apa yang dikatakan lagi? Mereka menjawab: Wahai yang batin. Rasululah menjawab: Betul apa yang dikatakan. Semua rahsia-rahsiaku terkandung di dalam Ali. Mereka menambah lagi: Matahari berkata: Wahai orang yang mengetahui setiap sesuatu. Rasulullah menjawab: Betul apa yang dikatakan itu. Ali mengetahui setiap sesuatu yang halal dan yang haram, perkara-perkara yang wajib dan mustahab dan seumpanya. Selepas pengaduan tersebut, mereka pun bangun dan berkata: Muhammad telah menzalimi kami! mereka lantas bangun lalu keluar dari masjid.

Dalam 3 situasi yang berlainan, telah diriwayatkan yang mempunyai persamaan dengan riwayat tadi. (sumber kitab Beharulanuar jilid yang ke-18 m/s 377, jilid yang ke-40 m/s 38,jilid ke-94 m/s 180, jilid ke-53 m/s 68, jilid ke-42 m/s 189 ). Salah satunya ialah Rasul s.a.w bersabda ketika mikhrajnya beliau :Pada malam mikhraj Allah s.w.t berkata kepada Rasul s.a.w Wahai Muhammad, Ali a.s adalah Awaluwalakhiruwalzahiruwalbatinuwahuwabikullishaiinalim.Maknanya Ali a.s adalah Awal dan yang  Akhir dan yang Zahir dan yang Batin dan beliau mengetahui setiap sesuatu. Rasul s.a.w pun merasa terpegun lalu berkata Ya Tuhan bukankah ini adalah Mu? Maka Allah s.a.w berfirman Wahai Muhammad, saya adalah Allah tiada Tuhan melainkan saya lalu Allah s.w.t lagi Aku adalah yang Awal dan tiada sesuatu sebelum Aku, Aku adalah Akhir maka tiada sesuatu selepas Aku, Aku adalah Zahir maka tiada sesuatu di atas Aku, Aku adalah Batin maka tiada sesuatu di bawah Aku. Aku adalah Allah s.w.t dan tiada Tuhan melainkan Aku. Aku juga mengetahui setiap sesuatu. Allah s.w.t memberitahu Rasul s.a.w Awal dan Akhir adalah Allah tabarakawataallah, Bagaimana pula Ali a.s adalah Awal dan Akhir ?

Pada permulaannya, kita telah bahaskan Ali a.s adalah Awal dan Akhir yang mana telah kita huraikan pada 2 peristiwa, yang mana peristiwa pertama, Rasul s.a.w telah memberitahu Awal maknanya apa. Sesungguhnya Awal ada 2 makna. Pertama, orang yang pertama beriman kepada Rasul s.a.w. Kedua, maknanya orang yang pertama menerima perjanjian (ahasmisaq). Akhiru pun ada 2 makna. Pertama, Ali a.s adalah orang yang terakhir mengkebumikan Rasul s.a.w. Kedua, roh terakhir sekali keluar daripada imam Zaman a.s. Zahir juga mempunyai 2 makna. Pertama, apa yang ada pada Rasul s.a.w dizahirkan oleh Ali a.s. Kedua, apa sahaja yang ada dalam Rasul s.a.w, begitu juga ada di dalam Ali a.s.

Apabila ditanyakan kepada Ali a.s, Bagaimanakah beliau dalam keadaan subuh hari? Ali a.s menjawab Saya bersubuh dalam keadaan (sadikulakbar dan farikulazam), saya adalah pengganti sebaik-baik manusia (wasiuhoirulbashar), saya adalah Awal dan Akhir, sayalah yang Zahir dan Batin, saya mengetahui setiap sesuatu dan sayalah yang menghidupkan. Saya adalah Ainullah (mata Allah), saya adalah Junbullah, saya adalah Aminallah ke atas mursalin, saya adalah Abdullah, saya adalah Khanallah di dunia dan di langit, saya menghidupkan dan mematikan, saya hidup dan tidak mati .

Dalam buku Manaqi Ibn Syah Ashub, ditanyakan kepada Ali a.s, Bagaimanakah beliau bersubuh hari? Imam Ali a.s menjawab Saya bersubuh dalam keadaan Awal dan Akhir, Zahir dan Batin, saya mengetahui setiap sesuatu, saya menghidupkan dan sayalah yang mematikan. Maka orang Arab ketika itu berasa hairan. Maka Ali a.s menjelaskan bahawa saya adalah Awal iaitu orang yang pertama beriman kepada Rasul s.a.w, saya adalah akhir iaitu orang yang penghabisan bersama Rasul s.a.w , adalah Zahir iaitu zahirnya saya adalah Islam dan saya adalah Batin kerana batin saya itu penuh dengan ilmu . Jika orang yang bertanya itu adalah daripada orang Arabi, maka jawapannya itu adalah mengikut kefahaman orang Arab tersebut. Makna Zahir bagi orang Arab tersebut ialah Ali a.s telah menzahirkan Islam. Jika penyoal lain pula, makna Zahir adalah ilmu Rasul s.a.w telah dizahirkan kepada Ali a.s. Di sini Ali a.s memberi makna yang rendah kerana kita telah membicarakan sebelum ini bahawa zahir maknanya setiap ilmu Rasul s.a.w zahir ke atasnya. Ali a.s mendefinisikan makna zahir dengan seseorang yang menzuhurkan Islam. Makna zahir adalah berbeza mengikut zarfiat seseorang itu.

Ali a.s sedang duduk dan ada beberapa orang sahabat bersebelahan beliau. Tiba-tiba, ada seorang yang datang bertanya kepada Ali a.s , tolonglah ceritakan kepada aku sebuah hadis wahai Ali a.s. Maka Ali a.s berkata kepada mereka hukumnya kata-kata aku adalah amat sukar lagi menyukarkan dan tidak dapat terfikir kecuali orang yang mengetahui. Mereka pun berkata tidak ada masalah bagi kami untuk kamu ceritakan. Ali a.s berkata saya yang menghidupkan dan saya yang mematikan, saya adalah  Awal dan saya adalah yang Akhir, saya adalah Zahir dan saya juga adalah Batin. Maka mereka pun marah lalu berkata Ali a.s adalah kafir. Mereka bangun lalu keluar dari masjid. Ketika mereka hendak keluar, Ali a.s mengarahkan pintu masjid ditutup dan berkata Bukankah aku sudah mengatakan bahawa kata-kata aku adalah sukar lagi menyukarkan kecuali bagi mereka yang alim dan mengetahui.

   Dari cerita-cerita yang disebutkan tadi terdapat 3 atau 4 makna yang berbeza untuk Awal dan Akhir, Zahir dan Batin iaitu Ali a.s menjawab mengikut zarfiat orang yang menyoal. Contohnya, Ali a.s adalah seorang yang alim dan mengetahui setiap perkara. Jika orang yang bertanya mempunyai zarfiat yang tinggi, maka jawapan zahir ialah saya adalah Awal yang melaksanakan perjanjian. Ali a.s berkata Sebaik-baik manusia ialah mereka yang mempunyai zarfiat (keupayaan menerima @ kapasiti) yang tinggi. Kesimpulannya, zarfiat seseorang itu berbeza dan boleh diibaratkan sebagai sebuah berkas yang besar yang mana jika dituangkan kepada orang yang mempunyai zarfiat yang rendah, maka orang yang mempunyai zarfiat yang rendah akan mengkafirkan orang yang mempunyai zarfiat yang tinggi. Kita berkeyakinan bahawa Awal dan Akhir, Zahir dan Batin adalah Ali a.s Dalam riwayat ada menulis Laulakalama holaktun aflak. Ini adalah perbicaraan Allah s.w.t kepada Rasul s.a.w yang bermaksud seluruh langit, bumi, bukit, dan setiap unsur-unsur bumi telah dijadikan kerana Rasul s.a.w. Setiap kejadian ini, sebaik-baik makhluk yang menggunakannya adalah Rasul s.a.w. Allah s.w.t berfirman di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Asyyura ayat 52 yang berbunyi, Demikianlah kami mewahyukan kepadamu roh dengan perintah kami dan sebelumnya kamu tidak mengetahui ………………………………dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Tafsirnya ialah Rasul s.a.w diperintahkan untuk menunjukkan jalan yang lurus itu iaitu tunjukkan Ali a.s adalah jalan yang lurus itu .

Dalam sembahyang kita selalu membaca Ihdinasiratulmustaqim iaitu kita menyuruh Allah s.w.t menunjukkan jalan yang lurus. Dalam riwayat menyebut siratulmustaqim adalah Ali a.s. Surah Arad ayat ke-7, yang berbunyi Sesungguhnya kamu adalah memberi peringatan oleh setiap kaum itu ada hadi (orang yang memberi petunjuk). Rasul s.a.w telah menunjukkan Ali a.s sebagai orang yang memberi hidayat dan Rasul s.a.w sebagai seorang munzir (orang yang memberitahu) dan setiap kaum itu ada hadi. Hadi itu adalah Ali a.s. Dalam sejarah Rasul s.a.w tidak akan terjumpa Rasul s.a.w menyebut dirinya adalah saya. Kalau menyebut saya beliau akan menyebut Ali a.s bersama. Contohnya saya dan Ali a.s adalah dari pokok  yang satu, saya dan Ali a.s adalah nur yang satu, saya dan Ali a.s adalah roh yang satu, saya adalah kota ilmu Ali a.s adalah pintunya. Begitu juga dalam hadis Sakalain dan Yaumuddar, setiap nama Rasul s.a.w selepas itu sentiasa disebut nama Ali a.s. Pada hari permulaan Islam, Rasul s.a.w berkata Ali a.s adalah saudaraku dan wasi di kalangan kamu. Maka dengarlah dan taatilah beliau. Pada satu hari, Rasul s.a.w bergurau dengan Abu Talib dalam peristiwa Yaumuddar iaitu Rasul s.a.w memberitahu Abu Talib bahawa kamu hendaklah mengikut perintah anak kamu yang berusia 12 tahun yang dimaksudkan itu adalah Ali a.s.

    Semasa Rasul s.a.w dilahirkan, Fatimah bt. Asad (ibunya Ali a.s) menghampiri Abu Talib (bapanya Ali a.s) dan berkata : Wahai Abu Talib (sedang duduk) berita seorang yang penuh berkat telah lahir yang mana namanya ialah Muhammad Mustapa s.a.w. Lalu Abu Talib berkata : Perkara ini amat mengembirakan kamu. Fatimah b. Asad menjawab: Sudah tentu kerana ia adalah anak buah kamu. Abu Talib berkata: Jangan risau kerana 30 tahun kemudian, Ali a.s akan dilahirkan dan menjadi wasi Rasul s.a.w. Dalam al-Quran diberitahu : Wahai Rasul s.a.w, jika Ali a.s tidak diperkenalkan maka kamu tidak memperkenalkan wilayatnya Ali a.s dan dikira tidak menjalankan setiap tugas. Dalam perang Khandak, bila Ali a.s berdepan dengan Amru b. Abdud, Rasul s.a.w umpamakan Ali a.s mewakili seluruh iman menentang seluruh kufar. Banyak lagi seumpamanya. Dalam perang Zatul Salasal (Surah Addiyat) seumpamanya. Yang mana Rasul s.a.w telah menghantar sahabat dan muslimin tetapi pulang tanpa natijah dan terlalu takut. Kemudian Rasul s.a.w memanggil Ali a.s. Beliau membawa bendera Rasul s.a.w mara ke depan dengan taktik perangnya yang akhirnya mengakibatkan pihak musuh tewas teruk. Sekembali dari perang, Rasul s.a.w merasa gembira.

Rasul s.a.w duduk bersama sahabat-sahabat seperti Abu Zarr, Megdad, Salman, dan sahabat-sahabat tulin di dalam masjid lalu Rasul s.a.w meluahkan kerinduannya : Huh ! Huh ! Saya benar-benar ingin melihat saudara-saudara saya. Sahabat-sahabat kurang senang lalu meminta kepastian daripada Rasul s.a.w apa yang dimaksudkan dengan saudara. Adakah mereka yang dimaksudkan dengan saudara itu? Kerana merekalah yang bersama-sama dengan Rasul s.a.w untuk menyertai setiap peperangan, setiap perjalanan , setiap kesukaran, setiap kemeriahan dan kesusahan. Rasul s.a.w menjawab Memang benar semua itu, tetapi kamu hanyalah sahabatku. Saudara aku ialah mereka yang datang pada Akhir Zaman dengan memakai pakaian hitam. Pada akhir zaman akan datang dengan memakai pakaian hitam beriman kepada Ali a.s walaupun tidak pernah berjumpa dengan Ali a.s.

Imam Sodiq a.s berkata : Barangsiapa yang membaca Al-Quran dalam usia muda, Quran itu akan bercampur bersama kulit dan darahnya iaitu ketika roh masih bersama badan bila dipisahkan maka Quran akan bersama dengan roh yang keluar tersebut disebabkan mereka telah menjadi kulit dan daging maka tiada sesiapa yang boleh memisahkannya.

      Al-Quran bukan hanya setakat sebutan semata-mata (lafaz), contohnya dalam peristiwa 20 Ramadhan. Pada malam tersebut, Ali memegang tangan al-Barra Ibnu Azib sambil berjalan-jalan di lorong Kufah lalu Ibnu Azib berkata kepada Ali a.s: Cuba dengar suara merdu ini. Maka Amirul Mukminin a.s pun menjawab: Suara merdu yang kamu dengar inilah yang akan mengalirkan darah dari kepalaku. Maka terkejutlah Ibnu Azib. A.M a.s berkata lagi: Inilah suara Ibnu Muljam, Khawarij yang memotong kesan sujud didahinya dengan pedangnya waktu yang sama menghayunkan pedangnya kearahku, malah beliau merupakan seorang penghafal Quran.

      Bukanlah satu sandaran (malak) dengan bacaan yang merdu itu, ataupun solat, mahupun puasa dan amalan-amalan yang lain kerana Ali memberitahu: Saya adalah solat, saya adalah puasa, saya adalah haji, saya adalah Quran. Din (agama) dan hakikat alam ada dalam tiga huruf iaitu Ain Lam Ya. Yang dimaksudkan oleh Imam Jafar Sadiq a.s tentang penguasaan Quran ialah menguasai Ali dan wilayahnya. Dalam hadis Tsaqalain disebut Aku tinggalkan dua bekal berat iaitu Kitabullah dan Ahlul Baitku, dan kedua-duanya tidak akan terpisah untuk selama-lamanya.

Allah berfirman: Acapkali orang membaca al-Quran, tetapi Quran melaknatnya. Maknanya, jika al-Quran dibaca tanpa wilayat, maka al-Quran akan melaknatnya. Dalam peristiwa Quran ditancap di atas mata lembing, dan dibawa ke hadapan Ali a.s, lalu sahabat-sahabat (yang kemudiannya dikenali sebagai Khawarij) berkata: Lihat! Al-Quran di atas tombak. Kita tidak akan meneruskan perperangan ini. Barangsiapa yang memisahkan al-Quran daripada Ali a.s adalah Khawarij. Di sinilah bermulanya pertumbuhan fahaman Khawarij di mana dalam keadaan Ali a.s yang sentiasa berkata Saya Quran, saya pentafsir Quran.

Dalam hadis Tsaqalain (Lan Yan Tariqa) yang mana maknanya Lan itu adalah nafi abadi menidakkan akan terpisahnya al-Quran dan Ahlul Bait untuk selama-lamanya. Jika kita fokus kepada hadis yang berbunyi: Barangsiapa yang mati tanpa mengenal imam zamannya, maka matinya adalah dalam keadaan jahiliyyah.

Ketika Rasulullah saaw dimikrajkan, baginda mendapati suara yang menyebut Ali dan susuk tubuh Ali kelihatan pada setiap lapisan langit. Pada hari baiah, mereka cuba mendapatkan baiah secara paksa daripada Ali a.s, yang ketika itu sedang berada di dalam rumah Sadiqah Kubra a.s. Mereka menyerang rumah itu, menendang pintunya yang ketika itu berdiri Sadiqah Kubra a.s dibelakangnya (semuanya mempunyai makna).

Iaitu, boleh bertemu dengan Ali a.s tetapi perlu dengan izinnya Fathimah a.s.   

      Hazrat Sadiqah Kubra adalah pintunya Ali a.s, iaitu barangsiapa yang ingin mengenali makrifahnya Ali a.s hendaklah melalui pintu az-Zahra a.s. Dan iman hanya diterima dengan mengenali Imam Zaman iaitu Nahnu Hujjatullah ala Khalqih, wa ummina Fathimatu hujjatullahi alaina. 
(Kami adalah hujjah Allah ke atas makhluk, dan bonda kami Fathimah adalah hujjah Allah ke atas kami.)
Sayugianya Imam Zaman dan juga para Imam yang lain adalah Fathimi, maknanya Imam Zaman juga sekiranya hendak ke rumah Ali a.s hendaklah melalui pintunya Fathimah a.s. 

Sebelum kita mengenal nur hendaklah kita mengenal zulm (kejahatan) iaitu pertama hendaklah bertabarra (menolak) kemudian barulah kita bertawalla (mewalikan). Apabila kita tidak mengenali musuh, maka kita tidak akan mengenali teman.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar