Chitika

Sabtu, 30 Oktober 2010

Syirik


Ziarat Asyura didahului dengan laknat seperti mana yang tersebut di dalam sebuah hadis qudsi Salam itu datang di antara dua laknat. Kita hendaklah mengenal musuh dahulu barulah kita dapat mengenal teman. Apakah maknanya ini? Supaya ianya menjadi lebih jelas ialah bahawa apabila kita hendak memasuki tauhid, hendaklah kita terlebih dahulu mengenali syirik. Tauhid ialah mentauhidkan Yang Esa, iaitu Ali dan Wilayah (Tuhan). Dan syirik pula ialah musuhnya Ali.
 1) Celakalah bagi orang yang musyrik. Iaitu orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir terhadap akhirat. (Surah al-Fussilat : 6 & 7)

Abban, anak murid Imam Sadiq a.s, bertanya kepada Imam a.s Apakah orang musyrik juga membayar zakat? Imam a.s menjawab: Tidak. Zakat khusus untuk Muslimin. Celaka bagi orang Musyrikin iaitu mereka yang syirik kepada Imam yang pertama dan para Imam yang lainnya, mereka adalah kafirun.

Kemudian syirik itu ialah mereka yang mensyirikkan Imam Ali a.s, iaitu menyekutukan Ali a.s, dan mereka yang merampas hak-hak Ali adalah musyrik.  

2) Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi-nabi sebelummu: Jika kamu mempersekutukan Tuhan nescaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu temasuk ke dalam golongan orang-orang yang merugikan. (Surah az-Zumar : 65)

Persoalannya di sini ialah, apakah Nabi-nabi juga boleh menjadi musyrik dan mempersekutukan Tuhan? Melihat kepada Tafsir Abu Hamzah ats- Tsumali (seorang anak murid Imam Sajad, Imam Baqir, Imam Sadiq a.s ): Kamu juga para Nabi, jika kamu musyrik dalam wilayah maka hancurlah amalan kamu. Maka, syirik di sini bermakna syirik mengenai wilayah.

3) Apabila kamu berkehendakkan kepada Allah berseorangan, maka kafirlah kamu,       tetapi jika kamu bersyarikat denganNya maka kamu telah beriman. Ketetapan di sisi Allah (iaitu) Ali adalah Kabir. (Surah al-Mukmin :12)

Berkata Imam Baqir a.s: Apabila kamu bersendirian tanpa wilayahnya Ali kamu adalah kafir. Bila kamu bersyarikat denganNya makna Nya dalam ayat ini ialah Ali, dan jika kamu bersyarikat denganNya kamu adalah mukmin. Sesungguhnya wilayah Ali a.s itu adalah sulit lagi menyulitkan.

4) Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) denganNya. Sesungguhnya Dia mengampuni dosa selain daripada syirik itu, sesiapa yang dikehendakiNya. (Surah an-Nisa : 116)

Dari Jabir bin Abdullah al-Ansari; daripada Imam Baqir a.s berkata: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Wilayah Ali bin Abi Thalib a.s. Dan orang yang mentaatinya akan diampunkan.

Ini bermakna, orang-orang yang diampunkan dosanya ialah mereka yang taat kepada Wilayah Ali a.s. Imam Sadiq a.s berkata: Tahukah kamu apakah sebabnya Ahli Sunnah suci? Khusus disebabkan untuk kemudahan kamu Syiah, kerana jika tidak mereka itu adalah najis.

Kesimpulannya, makna syirik itu di sini ialah kesyirikkan kepada wilayah sama bererti syirik kepada Allah, dan begitulah juga sebaliknya (mentaati wilayah bermakna mentaati Allah). Perlu diketahui, setiap lafaz dalam al-Quran mempunyai tafsir zahir dan juga tafsir batinnya.  Contohnya, Sirathal Mustaqim (jalan yang lurus) secara batinnya bermaksud Ali dan wilayahnya. Begitu juga dengan makna perkataan syirik yang juga mempunyai makna zahir dan batinnya.

Di dalam Tafsir Ayasyi, Saied bin Jabir ada tercatit: Dalam Kaabah terdapat 360 berhala yang mewakili setiap pembesar-pembesar Arab. Apabila turunnya ayat Syahidallahu annahu lailahaillahu (Surah Ali Imran:18), maka bersujudlah 360 berhala itu, bermakna apabila berhala berhadapan dengan Tuhan, mereka menjadi khudhu dan khusyuk.

Manakala di dalam sebuah riwayat yang lain pula, ada disebutkan bahawa pada suatu hari terdapat sekumpulan orang Arab mengelilingi berhala. Tiba-tiba kedengaran suara keluar daripada berhala tersebut: Telah datang Nabi Muhammad, maka sahutlah seruannya. Kebanyakan di antara mereka yang mendengar suara tersebut telah beriman. Di sini kita dimaklumkan bahawa berhala-berhala juga mempunyai dimensi zahir dan batin mereka; dan mereka secara batinnya khudhu apabila berada di hadapan Tuhan. Persoalannya di sini ialah, apakah makna batin bagi berhala-berhala seperti Latta dan Uza (Sanama Quraisy)? 

Dalam Kitab Asrar Ali Muhammad (yang dikumpulkan oleh Sulaim bin Qis al-Hilali), Salman al-Farisi telah meriwayatkan, Pada Hari Kiamat nanti, Syaitan bangkit memakai satu pasung manakala as-Tsani (yang kedua) pula memakai dua pasung. As-Tsani menuju ke arah Iblis sambil menjerit-jerit: Siapakah kamu? Iblis menjawab: Sayalah yang menyesatkan dari awal hingga akhir.  Dan kamu pula siapa? As-Tsani menjawab Sayalah yang apabila kamu memerintahkan; saya taati, dan apabila Allah memerintahkan, saya engkari.   

Dalam bab ke 67 Kitab Asrar Ali Muhammad, Amirul Mukminin a.s telah berkata: Semasa Perang Khandak, Amru bin Abdu Wudd mencabar tentera Muslim: Siapakah di antara kalian yang ingin menentangku? As-Tsani terus berpaling ke belakang dan berlindung di belakang para sahabat yang lain. Rasulullah saaw terlihat akan telatah beliau itu lalu tersenyum (lalu menyeru Ali): Di manakah saudaraku Ali? dan melanjutkan: Wahai Ali, datanglah menghampiriku!  Ketika itu, datanglah Ali bersama 4 orang bersamanya, termasuklah orang yang meriwayatkan ini. Mereka berkata Dengan nama Allah! Ketika musuh datang dan menyerang Muhammad, Alilah yang menyelamatkan kami dengan menghancurkan musuh sepertimana firman Allah Di situlah diuji orang-orang Mukmin dan digoncangkan hatinya dengan goncangan yang sangat. Dan ingatlah ketika orang-orang munafik dan orang yang berpenyakit dalam hatinya: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan apa-apa kepada kami melainkan tipu daya

Ketika itu Abu Bakar berkata: Kita sembunyikan berhala besar sehinggalah dapat kita satukannya semula nanti, kerana kita tidak pasti adakah Muhammad akan menang. Kalaulah Quraisy yang menang ke atas Muhammad, maka kita akan menyembah berhala ini secara terang-terangan dan kita isytiharkan agama kita, serta memberitahu orang-orang Quraisy bahawa agama mereka dan agama kita adalah sama. (tetapi) Kalaulah Muhammad mengalahkan Quraisy, kita akan menyembah berhala itu secara senyap-senyap.

Maka Jibrail a.s telah turun dan memberitahu Nabi saaw perkara tersebut. Kemudian Rasulullah saaw memberitahuku selepas aku membunuh Ibn Abd Wuddin, lalu beliau memanggil mereka berdua. Beliau bertanya: Berapakah berhala yang kalian berdua sembah pada masa Jahiliyah? Mereka berdua menjawab: Janganlah anda menghina kami dengan apa yang telah berlalu pada masa Jahiliyah.

Maka beliau saaw bertanya: Berapakah berhala yang kalian berdua sembah pada hari ini? Mereka berdua berkata: Demi Yang Mengutuskan anda dengan kebenaran sebagai seorang Nabi, kami tidak menyembah melainkan Allah semenjak kami menerima agama anda. Maka beliau bersabda: Wahai Ali! Ambillah pedang ini dan pergilah ke tempat..., maka keluarkanlah berhala yang disembah oleh mereka berdua dan musnahkanlah (fahsyim-hu). Jika ada yang menghalangnya, penggallah kepalanya. Mereka berdua telah menunduk di hadapan Rasulullah saaw dan berkata: Ya Rasulullah saaw tutuplah dosa dan aib kami semoga Allah juga akan menutup dosa dan aib kamu.

Maka aku berkata kepada mereka: Kami menjamin untuk Allah dan Rasul-Nya bahawa janganlah kalian berdua menyembah selain daripada Allah dan janganlah kalian berdua mensyirikkan Allah dengan sesuatupun.  Maka mereka telah membuat perjanjian dengan Rasulullah saaw di atas perkara tersebut. Dan akhirnya, aku mengeluarkan berhala dari tempatnya lalu memecahkan muka dan dua tangannya, serta memotong kedua kakinya. Kemudian aku kembali kepada Rasulullah saaw Demi Tuhan! Aku telah mengetahui perkara itu di muka mereka berdua sehingga mereka berdua mati (Araftu dhalika fi wajhi-hima hatta mata). (Melihat kegeraman dan kemarahan mereka berdua kepada Imam Ali a.s yang telah memecahkan berhala-berhala itu)
Di dalam riwayat yang lain dalam kitab yang sama, Muhammad bin Abu Bakar berkata: Semasa kematian ayahku, Umar keluar dari bilik untuk berwudhuk untuk bersembahyang. Selepas mereka meninggalkan bilik tersebut, aku mendengar kata-kata dari ayahku yang mana mereka tidak mendengarnya. Aku berkata: Wahai bapa, ucapkanlah Lailahaillah. Ayahku menjawab: Untuk selama-lamanya aku tidak akan mengucapkan Lailahaillah. Malah tidak ada kekuatan (untuk menyebutnya) sehinggalah dimasukkan ke dalam tabut (peti). Ketika ayahku menyebut Tabut, aku menyangka dia sedang meracau. Maka aku pun bertanya: Tabut yang mana?  Ayahku menjawab: Tabut yang diperbuat daripada Tali Neraka dan yang berkunci. Di dalamnya ada dua belas orang lelaki Aku dan sahabatku ini. Aku berkata: Umar? Dia berkata: Ya. Dan sepuluh orang lagi di Neraka Jahannam yang terbawah di mana di atasnya sebuah batu besar yang menutupi satu lubang. Apabila Allah hendak menyalakan api neraka tersebut maka Allah akan membuka penutup batu tersebut. Aku bertanya: Adakah ayah sedang meracau (nyanyuk)? Ayahku menjawab: Tidak. Allah laknat ibnu Sahhak (Umar) kerana dialah yang telah menjauhkan aku daripada mengingati Tuhan.  Dia adalah kawan yang paling jahat dan Allah laknat dia.  Ayahku berkata lagi: Sembahkan mukaku ke bumi lalu aku pun menciummi muka ayahku ke bumi. Ayahku berkata: Celakalah! Celakalah! sehingga dia menutup matanya. Maka Umar pun masuk dan bertanya: Selepas aku pergi dari sini Adakah Abu Bakar ada mengatakan sesuatu? Aku pun berkata pada Umar apa yang dikatakan oleh ayahku lalu Umar berkata: Allah merahmati khalifah nabi (maksudnya Abu Bakar) dan perkara ini hendaklah disembunyikan kerana semua perkara ini adalah tidak betul (maksudnya Abu Bakar sedang meracau).
Daripada Imam Jawad a.s, apabila ditanya mengenai kedua-duanya (Awal dan kedua), Imam Jawad berkata: Laknat Allah ke atas keduanya dengan sumpahnya Tuhan bahawa mereka adalah kafir dan musyrik ketika mereka mati.

Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberikan kepada al-Kitab, mereka percaya apa yang disembah daripada Jibt dan Taghut. (Surah an-Nisa: 51)

Dalam Tafsir Burhan yang ditulis oleh al-Bahrani dan Basair Darajat yang ditulis oleh Safar iaitu seorang anak murid Imam Hasan al-Askari a.s, dan di dalam Usul Kafi, dan dalam Biharul Anwar telah ditulis bahawa Jibt dan Taghut di dalam ayat ini ialah Malaun yang pertama dan kedua. Dalam Ziarat Jamiah Kabir tertulis Bariktu Ilallah Azza waja min adaikum waminal Jibti wa Thagut wasyayathin

Dalam tafsirannya, Jibt dan Taghut adalah yang pertama dan yang kedua. Manakala di dalam sebuah ayat yang lain pula, iaitu ayatul kursi yang berbunyi Allahu waliyullazi na amanu Wallazi nakafaru auliyauhum…” Ketika zuhurnya Mahdi ajf, salah satu perkara yang akan dilakukannya ialah menarik keluar kedua-dua malaun tersebut daripada kubur-kubur mereka dan mengikatkannya di sebatang pokok kering. Maka pokok itu pun menjadi hijau dan berbuah (sebagai ujian kepada orang-orang yang hadir). Kemudian Imam Mahdi ajf berkata: Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh ibuku sehingga kamu sanggup menampar dan mengingkarinya? Kemudian Imam Mahdi ajf mengeluarkan satu surat dan berkata: Siapakah yang telah menulis surat ini kepada Muawiyyah? Sehingga tersebar luas ke setiap pelusuk hal ehwal kami. Kemudian Imam ajf pun membakar kedua mayat tersebut.
  
Abdul Azhim Hasani berkata: Ketahuilah, bahawa Latta dan Uza adalah yang pertama dan yang kedua, manakala Manat pula adalah yang ketiga. Imam Jawad a.s berkata: Ketika Imam Mahdi datang ke Madinah, beliau mengeluarkan Latta dan Uzza lalu membakarnya.   

dan akan kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman berserta tenteranya apa yang mereka khuatirkan dari mereka itu. (Surah al- Qashash : 6)

Di dalam jilid ke 53 halaman 17 kitab Bihar, maksud Firaun dan Haman ialah yang pertama dan yang kedua.

Di dalam peristiwa di Bukit Thur, berlaku pertentangan antara Nabi Musa a.s dan Samiri di mana sewaktu ketiadaan Musa, Samiri telah bertindak mencipta sebuah patung seekor anak sapi daripada emas, bersembunyi di belakangnya dan berkata-kata seolah-olah suara yang keluar dari mulut anak sapi itu sendiri. Orang-orang yang mendengarnya pun terus sujud di kaki patung anak sapi tersebut. Ketika Musa datang, marahlah baginda melihat kemungkaran tersebut lalu memecahkan patung anak sapi itu.

Dari Hazrat Fathimah a.s daripada ayahandanya mengenai ayat di atas (peristiwa Musa dan Samiri) ialah bahawa Samiri adalah orang yang kedua manakala al-ijl (anak sapi) itu pula ialah yang pertama. Makna hadis di atas ialah Abu Bakar hanyalah seumpama patung anak sapi yang mengeluarkan suara Umar. Bukanlah sekadar hanya memfokuskan kepada batu, berhala, kayu pada pengertian zahir semata-mata, tetapi semua itu mempunyai pengertian dari dimensi zahir dan batinnya, dan berhala itu adalah satu hakikat yang berhadapan dengan tauhid mujassam nya (jisim) iaitu Ali. 

Dalam Biharul Anwar jilid 85 pada halaman 260, terdapat doa Sanama Quraisy (dua berhala Quraisy) yang dibaca oleh Amirul Mukminin Ali a.s dalam doa qunut solat malamnya.

Ibni Abil Hadid seorang ulama Sunni telah menulis tentang Amirul Mukminin a.s. Wahai lelaki yang menggegarkan pintu yang tidak mampu digegarkan oleh 44 orang pahlawan. Andainya kamu tidak membawanya, aku tidak akan memberitahu bahawa rezeki manusia itu kamulah yang memberinya. Demi Allah! Kalau Ali tiada, dunia dan isinya pun tiada.

Hasan bin Tsabit asy-Syairi, semasa hayat Rasulullah saaw, baginda saaw pernah memberitahu: Pada suatu malam semasa mikraj, terasa tapak tangan Allah di atas tapak tanganku. Kemudian aku terasa dingin dan sejuk dalam hatiku dan kaki Ali a.s di situ..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar